Cara haiwan menjaga anaknya Haiwan yang berlainan mempunyai cara menjaga anaknya yang berlainan. Kebanyakkan haiwan mamalia yang melahirkan anak akan menyusu dan menjaga anaknya sehingga mereka mampu adaptasi terhadap alam sekitarnya dan hidup berdikari. Berikut merupakan beberapa cara haiwan menjaga anaknya: Haiwan hidup secara berkumpulan bagi menjaga keselamatan anaknya. Biasanya ibu gajah akan membiarkan anak gajah untuk berjalan di antara kaki depan bagi tujuan melindunginya. Koala (Phascolarctos cinereus) dari Australia melahirkan anak (joey) yang hanya 20mm. Anak koala akan merangkak ke kantung ibunya yang boleh diketatkan sesuka hati oleh kolor otot. Anak koala akan melekat kepada salah satu puting ibunya untuk minum susu sahaja selama 6 bulam. Anak koala akan mula meneroka dunia luar, makan daun eucalypt dan bersama ibunya selama 6 bulan lagi. Kucing menyalin anaknya di tempat yang terlindung dan menyusu anaknya sehingga mereka mampu hidup berdikari. Kelawar merupakan haiwan mamalia yang menyusu anak. Kedua-dua jari kaki mencengkam batang pohon dengan kepalanya terbalik. Kedua-dua sayapnya berfungsi sebagai tangan untuk mendukung anaknya menghisap puting susu. Buaya merupakan reptilia yang bertelur. Buaya betina menimbus telur-telurnya di dalam pasir di tepi sungai dan sentiasa menjaga telurnya daripada ancaman musuh. Setelah telur-telur menetas, ibu buaya membawa anak-anaknya di dalam mulut ke tempat yang lebih selamat. Kala jengking adalah haiwan arachnida (berkaki lapan) yang amat berbisa. Kala jengking merupakan haiwan ovovivpar (embrio berkembang di dalam telur yang tersimpaan dalam badan ibu sehingga mereka menetas). Kala jengking betina akan membawa anaknya di atas badan setelah dilahirkan. Labah-labah membalut telur-telurnya dalam kepompong sutera dan membawa bersamanya sehingga telur menetas. Labah-labah kecil yang telah menetas akan memanjat ke belakang ibunya dan menunggang untuk suatu tempoh sehingga mereka cukup besar dan terjatuh. Penyu menutup lubang dengan pasir selepas bertelur di pantai. Telur-telur penyu mengambil masa 50-60 hari untuk menetas. Selepas menetas, anak-anak penyu akan pulag ke laut, tetapi malangnya hanya 1:1000 sahaja yang berjaya membesar dengan selamatnya kerana diancam oleh musuh semula jadi dan tindakan manusia yang tidak bertanggungjawab.
No comments:
Post a Comment