3/27/15

CARA TUMBUHAN MELINDUNGI DIRI

Cara-cara tumbuh-tumbuhan menlindungi diri daripada bahaya


Tumbuhan melindungi diri daripada gangguan haiwan. Cara tumbuhan melindungi diri bergantung pada jenis tumbuhan tersebut. Tumbuhan melindungi diri dengan ciri khas mereka masing-masing. Antaranya termasuk:
      a)  berduri
      b) mempunyai bulu halus
      c) merembeskan susu getah
      d) beracun
      e) mempunyai kulit luar yang tebal dan keras
      f) berbau sengit dan pahit
      g) menutup daun

Mari kita hanya fokus pada tiga jenis ciri khas tumbuhan bagi melindungi diri daripada musuh. Antaranya ialah tumbuhan yang berduri, mempunyai bulu halus dan merembeskan susu getah.

Tumbuhan yang mempunyai bulu halus

labu
Bulu halus yang ada pada labu akan menyebabkan manusia atau haiwan lain yang menyentuhnya berasa gatal. Perasaan yang tidak selesa ini dapat mengelakkan manusia atau haiwan lain menyentuh padanya. Ini caranyan labu melindungi dirinya daripada musuhnya.
               Selain daripada labu, masih terdapat tumbuhan yaang lain menggunakan ciri khas ini untuk melindungi diri. Contohnya tebu. Bulu halus bukan ditumbuh pada buahnya tetapi daunnya. Berbea dengan labu, bulu halus pada tebu bersifat tajam. Apabila manusia atau haiwan memetik akan dicederakan oleh bulu halusnya. Dengan itu, manusia dan haiwan juga tidak berani menyentuh daun tebu.


Tumbuhan yang mempunyai susu getah
keladi

pokok betik
pokok buluh




Keladi mempunyai ciri khas yang berbeza dengan labu dan tebu. Keladi akan merembeskan susu getah yang menyebabkan haiwan lain berasa gatal. Dengan itu, manusia atau haiwan tidak berani menyentuh atau memakan keladi. Ini dapat mengelakkan haiwan lain mendekati dan mencederakannya. Tanpa ciri khas ini, keladi tidak mungkin dapat hidup sampai hari ini.


Tumbuhan yang berduri
Image result for bunga ros
bunga ros
 
pokok kaktus
Duri pada tumbuhan merupakan salah satu cara untuk melindungi diri daripada musuh. Sebagai contoh, bunga ros dan kaktus mempunyai duri untuk melindungi diri, musuh tidak berani menyentuhnya. Bunga ros ialah sejenis tumbuhan yang senang didapati di merata tempat. Bunga ros berwarna cantik dan menarik. Akan tetapi batang bunga ros dipenuhi dengan duri. Manusia atau haiwan lain mudah mengalami kecederaan sekiranya ingin memetik atau mendekatinya.Manakala kaktus yang hidup di gurun juga berduri penuh pada batangnya untuk mengelakkan musuh mendekatinya.

No comments:

Post a Comment