Idgham Ma’al Ghunnah bermaksud menggabungkan huruf yang sukun ke dalam huruf yang berbaris berserta dengung.
Hukum idgham ini hanya ditemui dalam dua perkataan sahaja.
Huruf-hurufnya: ي و ن م
Tanda-tanda bacaan:
Tiada tanda sukun di atas nun sakinah dan tanda tanwin yang tidak selari.
Cara bacaan:
Digabungkan bacaan nun ke dalam huruf selepasnya dengan didengungkan. Kadar dengung adalah dua harakat.
Contoh:
Idgham Kamil (sempurna) berlaku apabila bertemu dengan huruf ن م ﺮ dan ﻞ kerana tiada kesan suara nun yang sukun ketika menyebutnya dan yang jelas kedengaran adalah suara huruf-huruf idgham itu. Tanda sabdu di atas huruf ن م ﺮ dan ﻞ menunjukkan hukum idgham kamil.
Idgham Naqis (tidak sempurna) pula berlaku bertemu dengan huruf ي dan و kerana masih meninggalkan sedikit kesan huruf nun yang sukun iaitu dengan mengeluarkan sedikit suara dari rongga hidung. Perhatikan tiada tanda sabdu di atas huruf ي dan و.
No comments:
Post a Comment