3/24/15

IZHAR SYAFAWI

Hukum Mim Mati Part 3 : Izhar Syafawi


Asaalamualaikum...Ni adalah entry yang terakhir untuk bab Mim Mati yek! Hari ni kurang sikit mood nak melalut..Bagus jugak, tak la panjang sgt post ni jadinya..:-)

Baiklah, tanpa melalut panjang..Jom kita mula!


Pengenalan Izhar Syafawi :


  • Izhar Syafawi adalah pertemuan diantara Mim Mati dengan kesemua huruf hijaiyyah melainkan huruf mim (م) dan ba (ب).
  • Ia dapat dikenali didalam Mushaf Uthmani dengan melihat pada Mim yang mempunyai tanda sukun diatasnya bertemu dengan kesemua huruf hijaiyyah yang berbaris melainkan huruf mim (م) dan ba (ب).  


Huruf-huruf Izhar Syafawi :

Ada 26 kesemuanya iaitu -  

ر
ذدخحجثتا
غ
عظطضصشس
ز
يهونلكق
ف


Contoh Izhar Syafawi :













Cara Bacaan Izhar Syafawi : 

Izhar bermaksud jelas..Dan kita pula dalam bab Mim Mati..Jadi rasanye dah boleh agak kan macam mana bacaan Izhar Syafawi ni?? :-) Maknanya kita mesti menzahirkan/menjelaskan bunyi Mim Mati tu..Jangan didengung atau diIdghamkan..Macam contoh pertama tu "An 'amta" mestilah dibaca dengan "An 'amta" juga..Boleh paham kan? Senang ye dak..:-)


Akhir kata:

Rasanya tak ada apa lagi saya nak tulis kat bawah ni..heheh..Sampai sini je untuk kali ni..Saya akan sambung lagi di entry yang akan datang (Dah macam rancangan TV pulak)..

No comments:

Post a Comment