3/24/15

PERANTI-PERANTI RANGKAIAN KOMPUTER DAN FUNGSINYA

3.2.1.2.1 Kad Antara Muka Rangkaian (Network Interface Card - NIC) 
  • NIC merupakan perkakasan yang membuat sambungan fizikal antara rangkaian dengan komputer stesen kerja.
  • Kebanyakan NIC dipasang di dalam komputer pada salah satu slot tambahan atau sudah siap bina dalam pada induk komputer.
  • Biasanya medium penghantaran yang digunakan bersama NIC adalah kabel sepaksi (coaxial), twisted pair atau fiber optics. 
 
NIC
 

USB NIC
3.2.1.2.2 Kad Antara Muka Rangkaian tanpa Wayar (Wireless Network   
                  Interface Card-WNIC)
  • Adalah kad rangkaian yang menghubungkan komputer kepada rangkaian tanpa wayar berasaskan gelombang video. 
  • Kad ini menggunakan antenna untuk berkomunikasi menerusi gelombang mikro. 
  • WNIC di dalam komputer biasanya dipasang pada slot Peripheral Component Interconect (PCI) atau sudah siap bina pada papan induk komputer. 
  • Ia sering kali dikaitkan dengan zon WiFi 

USB WNIC

WNIC
     

     

 3.2.1.2.3 Modem (dalaman dan luaran) 
  • Terdapat 3 jenis modem iaitu modem bina luar, bina dalam dan jenis USB.
  • Modem (modulator demodulator) berfungsi dalam menukar isyarat gelombang elektrik (talian telefon) kepada isyarat digital (PC) dan sebaliknya. 
  • Ia membolehkan PC dihubungkan kepada internet melalui perantara ISP (pembekal perkhidmatan internet ) seperti Stremyx, Maxis, Celcom, P1 Wimax, YES dan sebagainya. 

USB 3G Modem  
ADSL Modem


    USB 4G Modem


     3.2.1.2.4 Hab/Peranti Suis (Hub / Switch)  
    • Hab adalah peranti rangkaian yang terdapat di dalam Rangkaian Kawasan Setempat (LAN) yang menggunakan topologi bintang.
    • Hab dan peranti suis terdiri daripada port – port yang menyambungkan kabel rangkaian dari setiap komputer / peralatan dalam sistem rangkaian setempat. 
    • Kebanyakan hab disambungkan melalui jack RJ-45 yang disambungkan kepada kabel pasangan terpiuh (UTP). 
    • Manakala switch bertindak sebagai ‘multiport bridge’ untuk menyambungkan peranti –peranti atau segmen – segmen dalam satu LAN. 
    • Namun, kedua-dua ini mempunyai perbezaan dari cara bekerja dan berfungsi.
    Switch
      
    3.2.1.2.5 Penghala (Router) 
    • Penghala adalah peranti komunikasi yang digunakan untuk menterjemahkan maklumat di antara rangkaian yang berasingan dengan menggunakan kabel atau wireless. 
    • Ia juga digunakan dalam menghubung di antara beberapa buah komputer dalam rangkaian atau dengan penghala lain bersama –sama. 
    • Selain itu, penghala membenarkan sambungan internet tunggal dapat dikongsi bersama di dalam rangkaian. Contohnya di Kafe Siber.
    Router




     3.2.1.2.6 Titik Capaian Tanpa Wayar (Wireless Access Point-WAP) 

    • WAP adalah peranti elektronik kecil yang bertindak sebagai penghubung dengan Kad Antara Muka Rangkaian Tanpa Wayar (WNIC). 
    • WAP bertindak bagi membolehkan perpindahan data berlaku menerusi spesifikasi 802.11 di antara sumber jalur lebar dengan mana – mana komputer.

    Titik Capaian Tanpa Wayar (WAP)

    No comments:

    Post a Comment